Sunday, November 28, 2010

KYKO- HM+HSA+HSO+HE+ESE

Poco - Poco @ Cherating

Pada 23 -26 November lepas aku mengikuti satu kursus team building yang diadakan di Suria Beach resort Cherating. 2 -3 kursus lain aku telah tolak sebab sumenya berkaitan dengan engineering...bosan. Akhir - akhir tahun macam ne nak semakkan kepala dengan kursus teknikal ne xdop dalam lest aku. Berkursus sambil bercuti menjadi pilihan dan tempat pon not bad...Cherating pantai yang cantik...

Know Yourself...Know Other - K.Y.K.O

Macam biasa aktivi kursus team building ne lebih kepada interaksi antara peserta. Banyak engineur & arkitek yang sempat aku kenal dan sumenya ok. On da 1st day sume peserta kursus dikehendaki menjawab soalan yang berjumlah 150...bapak banyak. Soalan tersebut akan memberi gambaran secara 70% tentang siapa diri kita...bagi yang jawab secara spontan dan ikhlas maka itulah diri dia yang dilihat oleh orang sekeliling. Benda- benda macam ne terpulang kepada diri sendiri nak percaya atau x. Aku percaya sebab aku ikhlas nak tau...siapa aku pada pandangan umum...So result aku adalah seperti berikut

HM - Highly Manipulative
HSA - High Self Actualisation
HSO - High Sociocentric
HE - Highly Ego
ESE - Average Security <-- X bape nak ikut peraturan...So me ehehhee correctla .


Satu lagi aktivi baru yang aku buat adalah....Poco-Poco. Setiap pagi sebelum brekfast sume peserta dikehendaki bersenam secara Poco-Poco. Biasalah kalau bersenam secara ini akan desertakan sekali dengan muzik disco...dangdut....Memang takde dalam kamus hidup rock aku untuk buat aktiviti cenggini tetapi memandangkan ianya acara yang telah direncanakan dan untuk tidak merosakkan suasana jahiliah aku pon turut serta dengan niat bersenam. Zaman dahulu kala....perbuatan Poco-Poco bukanlah merupakan perbuatan yang sehat...mungkin sehat dari segi kesihatan tubuh badan tetapi dari segi Moral Islam amnya amatlah tidak elok. Poco -Poco adalah berasal daripada filipina dan ditarikan sebagai acara keagamaan di gereja. Gerakan tarian tersebut adalah berbentuk salib dan bagi mereka yang mahir....cube renungkan dan fikir betul atau tidak? Aku macam biasa hancur sume gerakan dan aku bangga dengan kehancuran tersebut ehhee. Cume sedikit yang aku kesalkan...kegagalan aku bermakna gerakan badan aku tidak cukup berseni...Tahniah buat Diyana & Shah yang menang King&Queen of Poco Poco.......untuk maklumat lanjut sila klik pada word Poco-Poco.

Ops... lupa bagitau, aku berkursus bersama Sang Kancil...& tiap kali Poco -Poco aku usha die...gerakan die cute : p

P/s Aku dapat gelaran baru...Gimi Lagged (tatau betul ke x eja tp bunyi lebih kurang la)

No comments:

Post a Comment